PENGENALAN antara yang terkenal adalah Sumeria, Akkad, Assyria dan

PENGENALAN

Perkataan
“Mesopotamia” berasal dari bahasa Greek yang bermaksud di antara dua sungai, dua
sungai tersebut dikenali sebagai Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Mesopotamia
terletak di antara dua sungai tersebut. Kini, kawasan Mesopotamia dikenali
sebagai Iraq dan Kuwait, ia terletak di antara dua kawasan tersebut. Kawasan
Tamadun Mesopotamia adalah dari pergunugan di Turki, melalui ke tanah pamah di
Iraq sehingga ke Teluk Parsi. Kawasan itu dahulu dikenali atau dipanggil
sebagai ‘Ál-Jazirah’ oleh masyarakat Arab, ini adalah dirujuk daripada ahli
kaji purba, J.H. Breasted. Kemudian, kawasan tersebut dikenali sebagai “Fertile
Cresent” kerana pembentukan kawasan di Timur Tengah yang berbentuk bulan sabit
dari Teluk Parsi melalui selatan Iraq, Syria, Lebanon, Jordan, Israel dan utara
Mesir. Dari situ bermulalah, tamadun Mesopotamia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Tamadun
Mesopotamia adalah antara tamadun yang terawal di dunia. Tamadun pada zaman itu
bermula pada zaman Neolitik, antara tahun 7,000 S.M sehingga 5,000 S.M. Pada
tahun 3,500 S.M, tamadun tersebut berkembang sebagai pusat tamadun awal.
Terdapat beberapa kerajaan yang wujud di zaman itu, antara yang terkenal adalah
Sumeria, Akkad, Assyria dan Babylon. Kewujudan tamadun Mesopotamia terbukti
dalam penggunaan luas oleh masyarakat mereka dalam teknologi, undang-undang,
kesusasteraan, falsafah, agama dan seni bina. Masyarakat Mesopotamia dikenali
sebagai salah satu tamadun yang pertama menghasilkan skrip bertulis (written
script) sekitar tahun 3,000 S.M dengan menggunakan tulisan berbentuk pepaku
(Cuneiform) yang di lukis di atas batu bersurat. Masyarakat Sumeria juga bina
kapal untuk mereka berdagang ke kawasan-kawasan lain. Antara barang dagangan
mereka adalah tekstil, barang kemas dan barang kulit. Mereka juga berjaya dalam
mencipta roda digunakan untuk pengangkutan dan kincir angin.

 

Pada
pemerintahan zaman Babylon, Hammurabi merupakan pemerintah pada zaman tersebut
dan beliau telah mengenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi. Dengan adanya undang-undang
ini, mereka dapat mengelakkan masalah di antara kaum dan susun lapis masyarakat
tersbut. Ia berjaya mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi
masyrakat Mesopotamia. Undang-undang ini berjaya mengekalkan peradaban di
kalangan masyarakat mereka untuk masa yang panjang.

 

Antara
pekerjaan pada zaman itu adalah pertanian, perdagangan, dan artisan. Sekitar
6,000 ke 8,000 tahun dahulu, pertanian adalah salah satu sistem yang maju di
beberapa kawasan termasuklah Mesir, Mesopotamia, dan China. Tamadun Mesopotamia
adalah yang pertama yang mengenalkan sistem pertanian, ini adalah kerana
kawasan-kawasan tersebut berada di kawasan sungai yang membekalkan air bersih
untuk menyalurkan air kepada tanaman-tanaman tersebut.

 

Seterusnya,
ilmu astronomi juga disumbangkan oleh masyarakat ini dengan mengembangkan ilmu
matematik dan ilmu geometri. Ilmu astronomi juga membolehkan mereka untuk
mencipta kalendar dan menggunakan jalan laut. Zaman pemerintahan Assyria pula
sangat mementingkan kesihatan anggota tenteranya, banyak jenis ubatan yang
dijumpai dan dicatatkan bagi panduan kepada pengamal perubatan. Tidak dilupakan
juga, Tamadun Mesopotamia adalah yang memperkenalkan cara-cara untuk membuat
batu-bata kepada dunia yang diperbuat daripada tanah liat. Mereka juga telah
banyak membina arca dan tiang batu yang dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

x

Hi!
I'm Dianna!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out